Gemencheh, 24 Februari 2022-Maahad Ahmadi Negeri Sembilan telah mengadakan majlis persaraan Puan Zahawiyah Binti Kamaruddin. Beliau telah berkhidmat di MANS selama 38 tahun bermula pada 5 Jun 1984 sehingga 19 Mac 2022. Majlis ini melibatkan guru-guru dan pelajar tingkatan 5 yang mana program ini dianjurkan oleh Kelab Staf dan Guru. Program ini dimulakan dengan perarakan Puan Zahawiyah bersama guru-guru pada jam 9.00 pagi dan berakhir dengan jamuan makan pada 11.30 pagi. Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama guru sebagai kenang-kenangan. Terima kasih kami ucapkan atas segala pengorbanan, sumbangan dan jasa yang telah dicurahkan.
#maahadahmadigemencheh
#guruibaratlilin
#terimakasihatassegalapengorbanan